Ahlan Wasalam Ya Marhaban Bikum....

Jumaat, 18 November 2011

sayang sangat-sangat kat angah..

Assalamualaikum..
Ape khbar sume? shat? mus harap sume shat..amin..
mus nak kongsi citer sedih ngan kwn2 ni..
mus ade adik beradik 5 orang dan mus anak yg last (bongsu)..
kakak mus yg no 2 tu (kak ngah), Hasniza Bt. Mohammad die sakit.. mus paling rapat ngan die dari kecil sehingga la sekarang ni..
sekarang die tengah koma kat hospital kajang, dan di masukkan kat wad icu..
mus sedih sangat2 ble dapat taw yg die koma..
Pada 15/11/2011 jam 3 pg, abang ipar mus kol dan die cakap kak ngah critical kat wad emergency hospital kajng.. Berdasarkan citer abg ipar mus die antar kak ngah kat emergency disebabkan kak ngah mus di serang athsma.. tp lpas beberapa jam pas tu doktor kol abg ipar mus n ckap kak ngah dah x sedarkan diri (koma) dan berada dalam critical.. semua ahli keluarga mus pun terkejeut dan bergegas ke hospital..

Hari ni 19/11/2011, kak ngah masih x sedarkan diri.. masih koma.. da masuk 5 hari keadaan kak ngah masih same.. xde perubahan pape.. sume ahli kuarga sedih sangat tngok keadaan die mcm tu..
hari2 mus ulang-alik pergi ke hospital kerana ingin mengetahui perkembangan semasa kak ngah.. 
mus dan family akan sentiase doakan kak ngah cepat sembuh dan ceria mcm selalu...
mus rindukan gelak-tawa, senyuman dan susuk tubuh die..
rindu sangat2 kat die..
mus harap Allah swt akan panjangkan umur die..
mus akan sentiase doakan kak ngah supaya cepat sembuh mcm selalu.. 
mus sayang sangat kat die.. mus harap abg ipar mus (Abdul Wahab)  sentiase bersabar dengan dugaan Allah swt..
wat anak buahku (muhammad syazwan 9, dan muhammad syafiq 6) sabar yea, nanti ibu balik..
mak su tahu korang berdua x fahan lg ape yg brlaku pada ibu korang.. mak su harap korang bersabar yea.. dan wat mak dan ayah banyakkan bersabar yea.. sama-sama la kita doakan kak ngah dan memberi semangat kepadanya supaya kuat.. ok la kwn2 mus x daapt nak sambungkan pnjang2..
mus klu mus citer panjang2 nanti nus nak menangis.. okey thanx yea yg sudi membaca blog mus ni..
sekian tq..


Sabtu, 12 November 2011

wAhAi HaTi


apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.
Duhai kau yang bernama Hati,
Jagalah dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari anasir-anasir,
Yang cuba menggodamu.
Duhai Kau yang bernama Hati..
Janganlah mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat kehitamannya..
Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,
Usah dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi...
Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi...
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,
Jangan cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-NYA.
Duhai hati yang ku sayangi..
Tolong sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di hati,
Usah kau meraih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu.
Duhai hati yang ku sayangi,
Tetapkanlah dirimu,
Luruskanlah dirimu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,
Tepislah segala anasir asing yang cuba menghampiri menggodamu...
Pesanan untukmu wahai Hati...
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampirimu..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTA-NYA...
Semailah haruman kasihmu kepada-NYA...
Moga CINTA-NYA kan menghiasi mewarnai.. dirimu yang bernama Hati.
Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dari-NYA..
Kejarlah kasih CINTA sejati-NYA
Raihlah CINTA-NYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya..

Ahad, 30 Oktober 2011

Aku bukan Baik....

Memang, aku bukan baik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Aku tak baik pun. Akhlak pun pincang. Aku ni insan lemah. Selalu sahaja lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak serupa bikin. Aku hina. Kalau aku cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah. Macam kain buruk yang compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya. Serius. Aku tak tipu ni.

Aku memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Aku cuba ingat Allah di saat down gini. Aku cuba sedaya upaya. Itupun setelah dosa demi dosa aku buat. Aku rasa malu dengan Allah. Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun istighfar memohon keampunan untuk dosa baru, petang dan malam hari terbuat pula dosa lain. Aku rasa, semua dosa yang aku buat, semua dosa besar. Semua dosa besar. Sebab tu, aku rasa sarat dan berat dengan dosa. Sebab tu hati aku tidak tenang. Aku langsung tidak tenang. Macam-macam aku cuba buat untuk fokus buat sesuatu, tapi aku tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Aku rasa lost.

Aku tahu aku banyak dosa. Aku sedar yang aku banyak buat dosa. Allah masih sayangkan aku, sebab tu dia hadirkan rasa sedih yang amat ini pada diri aku. Perasaan semua bercampur aduk. Aku ada ilmu, walaupun tak seberapa, tapi aku ada ilmu. Ilmu yang tanpa amal. Aku lah orang yang rugi itu. Aku masih sedar semua ni. Aku bingung. Titik.

Hubungan aku sesama manusia gagal. Gagal sebab putus tali hubungan aku dengan Sang Pencipta. Baik dengan Allah, maka dengan manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Ada yang kata aku juz porty in front of others. Yes. Aku angguk. Betul. Aku rasa aku kena muhasabah sentiasa. Setiap pandangan mata seseorang datang dari hati. Aku kena up ibadah aku kepada Allah. Aku kena struggle untuk ikhlaskan hati beribadah. Aku kena bersihkan hati kotor aku. Perlu ke aku kesah dengan hinaan orang pada aku? Pakaian menutup aurat menandakan kewarakan, selalu baca buku agama, selalu update yang baik-baik dalam blog, namun perangai sebenar, macam setan. Perlu ke aku amik kesah? Perlu kan? Sebab itulah teguran dari orang yang sayangkan aku. Mungkin. Allah je yang tahu niat dia.

Oooohhh Ya Allah. Aku ingin keluar dari tampuk lama. Aku ingin keluar. Aku ingin menimba ilmu lagi. Aku dahagakan ilmu yang sebenar-benarnya. Ya Allah. Aku ingin baiki diri aku. Aku rasa di sini bukan tempat aku. Aku mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah aku Ya Allah. Memang aku bukan baik, tapi aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik.

Aku takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, aku tak layak untuk ke syurgaMU. Tiba-tiba, aku terasa hembusan bayu membelai lembut jasadku. Aku terdengar titipan halus suara kecil hati ku menyeru untuk kembali kepadaMU. Aku sedar Ya Allah, aku dengar. Aku takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa sepertiku ini. Panjangkan peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan. Terasa aku semakin terarah. Terarah dan terarah. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah aku Ya Allah. Faghfirli ya Allah 3x.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tanggungjawab kepada ibu bapa anak perempuan x dikecualikan.......

Tanggungjawab kepada ibu bapa anak perempuan tidak kecuali

MENGHORMATI dan mentaati kedua ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak tanpa mengira lelaki ataupun perempuan.

Malah, agama Islam sendiri telah menegaskan bahawa anak yang menderhaka, tidak akan mencium bau syurga.

Penasihat Agama Bahagian Kemajuan Masyarakat (Kemas) Nahrawi Marzoki berkata, setiap anak bukan sahaja wajib bertanggungjawab kepada ibu bapanya masing-masing tetapi turut bertanggungjawab terhadap ibu bapa mertua.

Menurutnya, tanggungjawab ini juga tidak terkecuali bagi anak perempuan biarpun mereka telah bersuami dan ini berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.

”Antara perkara utama yang ditekankan ialah tanggungjawab anak menghormati ibu bapa dan perlu diingatkan bahawa hubungan anak dengan ibu bapa tidak akan putus sampai kiamat,” katanya ketika menjelaskan mengenai tanggungjawab anak perempuan terhadap ibu bapa kepada Keluarga baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam keadaan apa pun seorang anak itu wajib mentaati ibu bapa selagi apa yang disuruh tidak mengingkari perintah Allah.

”Dalam hal ini terdapat perbezaan yang jelas antara menghormati dengan mentaati,” ujarnya.

Menghormati, tegas beliau ialah mempunyai rasa hormat terhadap mereka biar dalam keadaan apa sekali pun. Manakala perkara mentaati pula adalah tertakluk kepada apa yang disuruh oleh kedua ibu bapa. Ia hanya tertakluk kepada perkara yang baik dan tidak menyalahi batas-batas agama.

Sebaliknya jika apa yang disuruh itu bertentangan dengan hukum agama, seseorang anak tidak perlu mentaati dan melakukan apa yang disuruh itu.

Di samping itu, kata Nahrawi adalah menjadi kewajipan setiap anak perempuan untuk menjaga dan memelihara kehormatan ibu bapa mereka.

Beliau menjelaskan, maksud tersebut ialah apa-apa yang hendak dan akan dilakukan jangan sampai menjejaskan nama baik ibu bapa.

”Anak-anak perlu membuat pertimbangan dan penilaian terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

”Sebaik-baiknya jangan sampai apa yang kita lakukan itu mendatangkan malu kepada ibu bapa kita sendiri. Ini bukan sahaja dalam soal-soal percakapan tetapi termasuk juga perbuatan dan tindak-tanduk kita seharian,” jelasnya.

Selain itu, tambah beliau menjadi kewajipan juga bagi seorang anak perempuan itu memberi sara hidup kedua-ibu bapanya.

Dalam hal ini katanya, jelas di kalangan masyarakat sejak dahulu hinggalah sekarang, anak perempuan lebih menampakkan jihad mereka untuk menjaga ibu bapa berbanding anak lelaki.

”Perkara ini sebenarnya menggambarkan antara ciri-ciri anak perempuan yang solehah. Ini amat baik sekali kerana anak yang solehah merupakan aset amat berharga bagi ibu bapa dan boleh memberikan manfaat yang amat besar kepada mereka apabila mereka di alam akhirat nanti,” tambahnya.

Beliau memetik satu hadis daripada Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud.

”Sesiapa yang membesarkan anak perempuan, sehingga menjadi solehah, meletakkan ibu bapa itu ke dalam syurga.

Selain itu, katanya turut menjadi kewajipan bagi seorang anak itu juga ialah mendoakan kedua ibu bapanya.

”Salah satu daripada empat perkara besar yang diterima pahalanya oleh Allah s.w.t. selepas kematian seseorang itu ialah doa anak yang soleh,” katanya.

Selain itu turut mendoakan kesejahteraan ibu bapa semasa di dunia dan akhirat, doa agar dilindungi ibu bapa daripada azab neraka dan mendoakan ibu bapa agar mereka ditempatkan dalam golongan yang soleh.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keutamaan yang perlu diberikan oleh seorang wanita antara suami dan kedua ibu bapanya, beliau memberitahu bahawa tidak ada dalil konkrit yang membuktikan bahawa syurga seseorang isteri itu terletak di telapak kaki suami.

Namun katanya, ketaatan seorang isteri terhadap suami merupakan salah satu tiket yang membolehkan dan memudahkan seseorang isteri itu untuk masuk syurga.

Dalam hal ini katanya, apa juga perkara yang dilakukan oleh isteri perlu mendapat keizinan dan keredhaan suami.

”Dalam keadaan ini si suami harus memahami dan mengingati bahawa sebagai seorang isteri, selain kewajipan mereka mentaati dan menghormati suami, mereka juga wajib menghormati dan mentaati ibu bapa mereka sendiri,” tegas beliau.

Selain daripada itu, menurut beliau anak perempuan juga wajib berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

”Sekiranya si ibu meninggal dunia, bukan sahaja anak perempuan itu harus memandikan mayat ibu mereka sendiri, tetapi juga mereka wajib mengkhatamkan Quran dan mengerjakan umrah dan haji bagi kedua ibu bapa mereka jika mereka tidak sempat menunaikan perkara tersebut semasa hayat mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, anak juga berkewajipan melangsaikan mana-mana hutang kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia jika ia tidak sempat atau masih belum diselesaikan.

Menurut Nahrawi, anak perlu mengutamakan kedua ibu bapa kerana salah satu cara untuk mencapai kegemilangan dalam kehidupan dunia dan akhirat ialah melakukan sesuatu atau berbuat baik terhadap ibu bapa mereka sama ada semasa hidup mahupun sesudah mereka meninggal dunia...

Rabu, 10 Ogos 2011

sahabat-sahabat dan rakan-rakan

salam
first entry utk blog ni..tapi mmg ade bende nak tulis.. nak tulis ape ni..nape buka blog ni? tgk title la.. cita suke duka mus..hehe
mus saje je wat blog sbagai diari mus.. mane tau mase akn dtg bole jadi kenangan utk generasi akn dtg.. apsal suka duka? eii..takkn la idup ni nak suke je an? duke xde.. tipu2.. tnpe msalah.. tnpe duke x best la idup ni.. sure bosan kan..haha..ok2.. blog ni brtujuan utk si gadis comel dan cantik mus ni, abadikan kenangan mus brsame sahabat2.. mus akn ceritekan kisah suke duke kami brsame.. insyaALLAH kenangan suke duke mus dan sahabat2 sbelum ni pon akan diupdate sikit2.. lantak la org nak kate blog mus tah pape, ni post yang pnting kenangan suke dan duke brsame sahabat2 xkan pudar dan dilupakan pon dlm ati ni..